PRAKATA


PERIBAHASA
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa bahasa melayu sangat kaya dengan  kata-kata yang indah dan peribahasa adalah termasuk dalam golongan itu. Biasanya, peribahasa digunakan dalam bahasa persuratan dan pertuturan seharian kerana bahasa yang digunakan indah dan ia diwarisi sejak nenek moyang kita lagi.

Memandangkan generasi baru kita sekarang telah lupa dengan maksud sebenar ungkapan dalam sesuatu peribahasa itu dan mungkin mereka menganggap bahawa peribahasa itu sudah tidak sesuai lagi, maka terdapat usaha sesetengah pihak untuk mengumpul kembali peribahasa supaya ianya tidak hilang dek zaman wealaupun kita berada dalam kemajuan teknologi maklumat masa kini. Ratusan peribahasa yang berbentuk simpulan bahasa, pepatah dan perumpamaan yang kita perolehi. Semuanya lengkap untuk digunakan dan sesuai dengan sukatan pelajaran masa kini.

No comments:

Post a Comment