Pepatah adalah suatu peribahasa yang terdiri daripada susunan kata-kata yang agak panjang, indah bahasanya dan padat maksudnya. Kata-katanya membuat kita faham maksudnya.Kata-katanya membuat kita akan faham maksudnya.

Contoh pepatah :
  • Ada udang disebalik batu maksudnya ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perkataan.
  • Air diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam maksudnya seseorang sedang dalam kesusahan atau kedukaan.
  • Jalan mati lagi dicuba, inikan pula jalan binasa maksudnya seseorang yang berani itu akan sentiasa akan mencuba sesuatu walaupun tahu akan bahayanya.
  • Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh maksudnya boleh menyesuaikan diri di mana-mana sahaja.
  • Mati harimau kerana belang maksudnya seseorang yang tertipu dengan kebanggaan dirinya sendiri.
  • Pipit pekak, makan berhujan maksudnya orang yang bekerja untuk menyara hidupnya.
  • Rosak bawang ditimpa jambak maksudnya kerugian seseorang di atas perbuatannya atau keluarganya sendiri.

No comments:

Post a Comment