PERIBAHASA
Sebagaimana yang kita ketahui
bahawa bahasa melayu sangat kaya dengan
kata-kata yang indah dan peribahasa adalah termasuk dalam golongan itu.
Biasanya, peribahasa digunakan dalam bahasa persuratan dan pertuturan seharian
kerana bahasa yang digunakan indah dan ia diwarisi sejak nenek moyang kita
lagi.
Memandangkan generasi baru
kita sekarang telah lupa dengan maksud sebenar ungkapan dalam sesuatu
peribahasa itu dan mungkin mereka menganggap bahawa peribahasa itu sudah tidak
sesuai lagi, maka terdapat usaha sesetengah pihak untuk mengumpul kembali
peribahasa supaya ianya tidak hilang dek zaman wealaupun kita berada dalam
kemajuan teknologi maklumat masa kini. Ratusan peribahasa yang berbentuk
simpulan bahasa, pepatah dan perumpamaan yang kita perolehi. Semuanya lengkap
untuk digunakan dan sesuai dengan sukatan pelajaran masa kini.